Thursday, November 10, 2005

Pembunuhan Beramai-ramai Umat Islam Palestin Oleh Rejim Zionis

Palestine Times: Mac 1993

Senarai Pembunuhan Beramai-ramai berikut bukanlah lengkap, tetapi sekadar membuktikan realiti sebenar penjajahan sebenar Rejim Zionis Yahudi ke atas Palestin dan juga untuk membuktikan bahawa kekejaman dan penindasan ini bukanlah seperti lain-lain kesan sampingan peperangan, tetapi adalah kekejaman yang diatur rapi dengan satu tujuan mutlak, iaitu sebuah 'Negara Yahudi' yang bebas dari 'goyim' (bukan Yahudi).

YEHIDA 13 Disember 1947: beberapa orang pemuda Islam di kampung Yehida (berhampiran Petah Tekva, penempatan Zionis yang pertama ditubuhkan) telah berjumpa di sebuah kedai kopi apabila mereka ternampak sepasukan Peronda Tentera British memasuki kampung tersebut. Mereka berasa agak lega kerana pada hari sebelumnya pengganas Yahudi telah membunuh 12 orang Palestin. Empat buah kereta ronda tersebut berhenti di hadapan kedai kopi tersebut dan beberapa orang lelaki berpakaian seragam dan bertopi besi keluar darinya. Namun mereka bukanlah askar-askar British tetapi penganas-pengganas Israel yang menyamar. Mereka melepaskan tembakan dari mesingan ke arah orang ramai yang berada di kedai kopi tersebut. Sesetengah dari mereka pula telah meletakkan bom-bom bersebelahan dengan rumah-rumah orang Islam manakala sebahagian yang lain melemparkan bom-bom tangan ke arah orang awam. Kelihatan seperti seluruh penduduk kampung tersebut akan dibunuh mereka. Kedatangan peronda British yang sebenar bagaimanapun menghentikan rancangan mereka. Seramai 7 orang Islam terbunuh. Pada hari yang sama, sebelum kejadian tersebut, 6 orang Islam terbunuh manakala 23 lagi cedera apabila bom-bom buatan sendiri dilemparkan ke arah orang-orang Islam yang berdiri berhampiran 'Damascus Gate' di Baitul-Maqdis. Di Jaffa, sebuah bom lagi membunuh 6 orang Islam dan mencederakan 40 orang lagi.
Rejim Zionis memang kurang-ajar tetapi di manakah maruah Ummah ini apabila hanya mengharapkan tentera kuffar untuk mempertahankannya. Hinanya kita tanpa kekuatan hasil semangat Jihad.

KHISAS 18 Disember 1947: 2 buah kereta penuh dengan pengganas-pengganas Haganah melalui Kampung Khisas (di sempadan Lebanon-Syria) sambil melepaskan tembakan dari mesingan dan melontar bom-bom tangan. 10 orang Islam dibunuh.

QAZAZA 19 Disember 1947: 5 orang kanak-kanak Islam dibunuh oleh pengganas Yahudi yang meletupkan perumahan di perkampungan Mukhtar.

PERKAMPUNGAN AL-SHEIKH 1 Januari 1948: Pada malam tersebut kira-kira 200 orang Yahudi bersenjatakan mesingan dan bom tangan telah menyusup masuk ke sebuah perkampungan kecil yang dikenali sebagai al-Sheikh (5km Tenggara Haifa). Mereka datang dari arah bukit-bukit selatan kampung tersebut (besar kemungkinan dari penempatan Yahudi, Nisher kira-kira 5km dari kampung tersebut). Mereka menyerang rumah-rumah pada sekitar perkampungan tersebut dengan bom-bom tangan dan kemudiannya menyelesaikan serangan mereka dengan mesingan membunuh kira-kira 40 orang Islam, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

DEIR YASSIN 9-10 April 1948: Pembunuhan Beramai-ramai ini membuktikan kekejaman rejim Zionis Israel dan juga sifat dusta mereka. Ketua kampung tersebut telah berjanji dengan pihak Zionis untuk memberikan maklumat tentang pergerakan orang-orang luar di kawasan tersebut dan juga lain-lain maklumat strategik dengan syarat kampung mereka tidak diganggu oleh rejim tersebut. Rejim Zionis Israel bagaimanapun tidak memegang janji mereka. Di dalam operasi yang dikenali sebagai 'Operation Unity', pengganas-pengganas Haganah, Irgun dan Stern telah bekerjasama. Pada jam 4:30 pagi, hari Jumaat, 9 April 1948, mereka telah mengepung kampung tersebut yang berhampiran dengan 2 penempatan Yahudi, Givat Shaul dan Montefiore. Selama 2 hari, pengganas-pengganas Yahudi ini membunuh lelaki, perempuan dan kanak-kanak, merogol para wanita dan menyamun barang-barang kemas mereka.
Seorang doktor dari Pertubuhan Palang Merah yang tiba di kampung tersebut pada hari kedua telah menceritakan apa yang dilihatnnya sendiri - sapu bersih - seperti yang dinyatakan oleh salah seorang pengganas tersebut. Menurut beliau 'sapu bersih' ini dilakukan dengan mesingan, kemudian bom tangan dan disudahi dengan pisau.
Perut wanita-wanita Islam dibelah dan bayi-bayi disembelih di tangan-tangan ibu-ibu mereka yang tidak mampu berbuat apa-apa. Kira-kira 250 orang dibunuh sebegini. 25 dari mereka adalah ibu-ibu hamil yang ditikam perut mereka dengan 'bayonet' ketika masih hidup. 52 orang kanak-kanak dikudungkan di hadapan ibu-ibu mereka, dan mereka kemudiannya dibunuh dan kepala mereka di kerat putus. Agensi Yahudi dan komander Pasukan Darat British mengetahui tentang peristiwa ini ketika ia berlaku, tetapi, tiada apa-apa tindakan diambil untuk menghentikanya.
Mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada mereka yang ingin bekerjasama dan berbaik-baik dengan puak Yahudi ini.

NASER AL-DIN 13-14 April 1948: Sebuah kontigen pengganas Lehi dan Irgun telah memasuki kampung ini (berhampiran dengan Tiberias) pada malam 13 April berpakaian seperti pejuang Arab. Apabila mereka tiba, para penduduk kampung telah keluar untuk menyambut mereka. Pengganas-pengganas tersebut telah membalas dengan tembakan, membunuh keseluruhan penduduk kampung tersebut kecuali 40 orang. Semua rumah di kampung itu diranapkan.

BEIT DARAS 21 Mei 1948: Setelah beberapa kali gagal menduduki kampung ini, rejim Zionis telah menggerakkan sebuah kontigen yang besar dan mengepung kampung ini. Para penduduk Beit Daras mengambil keputusan bahawa kaum wanita dan kanak-kanak lebih baik meninggalkan kampung itu. Ketika mereka ini bergerak meninggalkan kampung tersebut, tentera Zionis telah membunuh kesemua mereka walaupun menyedari bahawa mereka adalah kaum wanita dan kanak-kanak yang tidak ikut ber'perang'.

MASJID DAHMASH 11 Julai 1948: Selepas Batalion ke-89 Komando Israel yang diketuai oleh Moshe Dayan menduduki Lydda, pihak Israel telah mengumumkan kepada orang-orang Islam melalui pembesar suara bahawa sekiranya mereka pergi ke sebuah masjid, mereka akan selamat. Sebagai membalas dendam atas satu serangan bom tangan yang membunuh beberapa orang askar Israel, 80-100 orang Islam telah dibunuh di dalam masjid tersebut. Tubuh mereka ditinggalkan bergelimpangan dan reput selama 10 hari. Masjid tersebut masjid berdiri tetapi ditinggalkan sehingga kini.
Pembunuhan ini menyebabkan penduduk di Lydda dan Ramle ketaktan dan panik. Mereka kemudian dihalau keluar dari bandar-bandar ini setelah segala barangan milik mereka diambil oleh askar-askar Israel. Brigadier Komander ketika itu, Yitzhak Rabin berkata," Tiada cara lain kecuali dengan kekerasan dan tembakan amaran untuk memaksa mereka berjalan 10-15 batu ke tempat mereka bertemu tentera." Kebanyakan dari 60,000 penduduk Lydda dan Ramle melarikan diri ke kem pelarian berhampiran Ramallah. Kira-kira 350 orang mati dalam berjalanan akibat kekeringan dan strok kepanasan. Ramai yang terselamat dengan meminum air kencing mereka sendiri. Keadaan di kem pelarian itu menyebabkan banyak kematian lagi.

DAWAYMA 29 Oktober 1948: Berikut adalah pengakuan seorang tentera Yahudi yang menyertai pendudukan perkampungan Dawayma (di daerah Haifa): "...Mereka membunuh di antara 80 hingga 100 orang kaum wanita dan kanak-kanak. Untuk membunuh kanak-kanak, mereka memecahkan kepalanya dengan kayu. Tidak ada sebuah rumahpun yang ditinggalkan tanpa mayat... Seorang komander mengarahkan seorang askar membawa 2 orang wanita ke dalam sebuah bangunan sebelum meletupkan bangunan tersebut... Seorang askar lagi berasa bangga kerana telah merogol seorang wanita Arab sebelum membunuhnya..." Pembunuhan ini dilakukan oleh Batalion ke-89, yang bertanggung-jawab di Lydda.

SHARAFAT 7 Februari 1951: askar-askar Israel telah melintasi sempadan persenjataan ke kampung ini (5 km dari Baitul-Maqdis) dan meletupkan rumah ketua kampung dan jiran-jiran beliau. 10 orang terbunuh (2 lelaki tua, 3 wanita, 5 kanak-kanak) dan 8 orang tercedera.

KIBYA 14 Oktober 1953: Pada jam 9:30 malam kira-kira 700 askar biasa Israel telah menyerang kampung Kibya di sempadan Jordan (Barat Daya Baitul-Maqdis). Dengan menggunakan mortar, mesingan, senapang dan bahan letupan, mereka telah meletupkan 42 buah rumah, sebuah sekolah dan masjid. Setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang dijumpai mereka dibunuh. 75 orang penduduk kampung dibunuh dengan kejam. Operasi ini diarahkan oleh Ariel Sharon.

KAFR QASEM 29 Oktober 1956: Para Pengawal Sempadan Israel memulakan apa yang mereka namakan rondaan ke Perkampungan Segitiga pada jam 4 petang. Mereka memberitahu ketua-ketua kampung di situ bahawa waktu bermulanya 'curfew' hari tersebut dan hari-hari seterussnya adalah 5 petang bukannya 6 petang lagi. Mereka tiba di Kafr Qasem pada kira-kira 4:45 petang dan ketua kampung tersebut telah memprotes kerana terdapat kira-kira 400 orang kampung yang bekerja di laur kampung dan beliau tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberitahu mereka tentang waktu yang baru itu. Seorang pegawai berjanji pada beliau yang para pekerja tersebut akan diuruskan. Para pengawal tersebut kemudiannya telah menunggu di pintu masuk kampung tersebut. 43 orang penduduk Kafr Qasem telah dibunuh apabila mereka pulang dari bekerja oleh tentera Israel kerana melanggar undang-undang yang tidak mereka ketahui. Pada pintu masuk sebelah utara pula, 3 orang dibunuh manakala 2 orang lagi dibunuh di dalam kampung tersebut. Mangsa-mangsa termasuklah wanita dan kanak-kanak. Lutanat Danhan sedang meronda kawasan tersebut dengan jeepnya dan melaporkan kejadian tersebut. Melalui wirelessnya, dia berkata, " kurang 15 orang Arab". Tidak lama kemudian dalam laporannya melalui radio ke ibupejabatnya dia berkata, "terlalu sukat untuk dikira."

AL-SAMMOU' 13November 1966: Tentera Israel menyerang kampung ini, memusnahkan 125 buah rumah, sebuah klinik dan sekolah dan juga 15 buah rumah di perkampungan berhampiran. 18 orang terbunuh dan 54 orang cedera.

SABRA DAN SHATILA 15-18 September 1982: Selepas pendudukan Lebanon Phalangist oleh Israel pada 1982, boneka Israel membunuh lebih 3000 orang Islam Palestin, lelaki, wanita dan kanak-kanak di bawah pemerhatian tentera Israel. Kiraan mayat oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah melaporkan 2750 mayat. Jumlah sebenarnya diyakini jauh lebih tinggi dan mungkin tidak akan diketahui.

OYON QARA 20 Mei 1990: Seorang askar Israel memaksa buruh Islam berbaris dan membunuh 7 daripada mereka denga sub-mesingannya. 13 orang lagi orang Islam dibunuh oleh tentera Israel di dalam demonstrasi berikutan pembunuhan tersebut.

MASJID AL-AQSA 8 Oktober 1990: Polis Israel melepaskan tembakan ke atas umat Islam di Masjidil-Aqsa membunuh 22 orang.

MASJID IBRAHIMI 25 Februari 1994: Seorang pengganas Yahudi dari penempatan Keryat Arba' membunuh 50 orang Islam di Masjid Ibrahimi di al-Khalil (Hebron) dan memcederakan kira-kira 200 orang. Berikutnya, demonstrasi besar-besaran diadakan di jalan-jalan di Palestin dan tentera Israel telah membalas dengan peluru hidup. 23 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera. Laporan-laporan menyatakan bahawa terdapat 3 orang Yahudi yang menembak, bukan seorang.

JABALIA 28 Mac 1994: Seorang polis Yahudi yang menyamar telah membunuh 6 orang aktivis Islam dan mencederakan 49 orang lagi. Sesetengah aktivis Islam yang cedera telah dikeluarkan dari kereta-kereta mereka dan ditembak mati di kepala mereka.
'CHECKPOINT' ERETZ 17 Julai 1994: 11 orang Islam dibunuh dan 200 orang lagi cedera.

Ini hanyalah sebahagian daripada siri kekejaman rejim Zionis Israel ke atas Umat Islam Palestin. Sekiranya serangan-serangan ke atas Selatan Lebanon diambilkira, jenayah kekejaman Zionis ini akan lebih jelas lagi. Sekiranya kita mengkaji secara terperinci tentang kekejaman pada 1948 dalam opersai 'sapu bersih', pemusnahan tempat-tempat suci Islam, perampokan askar-askar dan penduduk-penduduk Yahudi, mungkin kita dapat memahami apa itu Zionism sebenarnya.


Quotes from the Jewish Bible, the Torah:
"Then ye shall drive out all the inhabitants of the land from before you, and destroy all their pictures, and destroy all their molten images, and quite pluck down all their high places: And ye shall dispossess the inhabitants of the land, and dwell therein: for I have given you the land to possess it"
Numbers 33:52,53

"And they utterly destroyed all that was in the city, both man and woman, young and old, and ox, and sheep, and ass, with the edge of the sword."
Joshua 6:21

Tuesday, August 16, 2005

Kisah tudung dan pemakaiannya

Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita ygbertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yg besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yangmengatakan itu fesyen ala Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi.
Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yg bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat.
Seperkara yg menarik di waktu itu, apabila seseorangwanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkahlakunya berbanding dgn wanita yg tidak menutup aurat & peribadinya sendiri sebelum memakai tudung. Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dgn lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dgn lelaki pun jarang sekali,tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yg ada percampuran bebas lelaki & perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung utk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka utk beribadah, akhlak & tutur katanya menjadi semakin lembut & lunak. Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kpd kemewahan dunia,tahan diuji & sentiasa mencari-cari peluang utk mengajak masyarakat wanita yg lainnya agar sama-sama menutup aurat.
Lantaran berbezanya mereka dgn wanita yg lain, maka org pandang tinggi kpd wanita yg bertudung, walaupun masih ramai yg tidak suka kpd mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya di dlm dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil AlQuran dan hadith mengenai hal penutupan aurat. Ini di sebabkan mereka sering dihujani dgn berbagai pertanyaan mengenai apa yg mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yg sesuai dgn nas Al Quran dan hadith utk menyakinkan org ramai. Oleh sebab itu org ramai memandang tinggi kepada mereka.
Di awal 90'an, bilangan org bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dgn wanita yg bertudung. Sama ada di kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti & di politeknik malah beberapa pengacara televisyen & radio pun sudah memakai tudung. Alhamdulillah.
Tetapi yg menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat-tempat hiburan, berpegangan tgn dgn teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya drp calaran alat-alat make up, tetapi kini dgn mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dgn teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dgn aliran zaman dan fesyen baju.
Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup & hendak buka. Akhlak & tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk drp mereka yg tidak memakai tudung atau buka aurat.
Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dgn wanita-wanita yg menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu utk ke tempat hiburan & sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan utk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.
Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi,maka jelaslah wanita-wanita yg bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung.Ramai wanita yg memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dgn suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yg masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan utk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya.
Kini masyarakat telah menerima wanita yg pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yg hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.
Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yg terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yg mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka. Lantaran itulah nilai org yg bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yg bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yg berpurdah yg belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dgn wanita yang bertudung dan wanita yg memakai tudung diperingkat awal dahulu.
Sesuatu amalan yg dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yg mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yg di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah. Wanita yg pakai tudung selain drp keinginan utk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dgn Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar & apa yg ada didalam hati mereka akan diselongkar & didedahkan oleh Allah dipadang Mahsyar di hadapan jutaan umat manusia.
Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :" Ya Rasulullah Dgn apakah mencapai keselamatan kelak?"Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?"Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."
Disamping tiada niat utk menutup aurat dgn bertudungakan ditolak oleh Allah, wanita yg berniat utk menutup aurat dgn tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yg dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dgn memakai tudung yg berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat menutup aurat, tetapi menjadi alat utk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dgn menutup aurat tetapi mendapat dosa.
Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat & peredaran zaman. Sementara yg mengamalkan syariat kerana pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dlm suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan & turut hanyut dgn masyarakat disekitarnya. Ujian yg sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dgn apa yg dilakukannya.
Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yg utama sebagai penyuluh ibadah. Di samping ada ilmu, amalan yg dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yg lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita & mempunyai kefahaman yg mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.
Renung-renungkanlah wahai wanita yg berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata.
Wallahu a’lam

London Blast and Muslims

Kejadian pengeboman semalam di kota London segera membuat ramai orang menunding jari ke arah orang Islam, terutama sekali apa yang dinamakan "Al-Qaeda". tapi apakah ini benar, atau dunia sekali lagi menjadi mangsa sandiwara pihak yang berkepentingan dalam kejadian-kejadian seperti ini.
Pihak berkuasa Britain baru memulakan siasatan, tetapi ramai orang-orang Islam sendiri serata dunia telah segera menyalahkan saudara mereka sendiri. Ada beberapa petunjuk yang memberi gambaran bahawa pihak barat sendiri, terutama pemerintahan Bush/Blair dan Israel berkemungkinan adalah dalang sandiwara ini:-
1. Berita dari IsraelNationalNews(IsraelNN) yang menceritakan lapuran ArmyRadio Israel mengenai bagaimana Scotland Yard memberi amaran awal, sebelum bom pertama meletup, kepada Kedutaan Israel di London dan ini menyebabkan Menteri Kewangan Israel, Benjamin Netanyahu tidak jadi pergi ke satu perjumpaan berdekatan Stesen Liverpool Street tempat bom pertama meletup. Persoalannya, mengapa amaran hanya diberi kepada Kedutaan Israel sementara orang awam dibiarkan mati dan cedera? Malah, ada pihak menyatakan bahawa yang memberitahu Scotland Yard adalah agensi perisikan Israel, Mossad.
2. Suntikan wang tergempar oleh Federal Reserve America dua hari sebelum pengeboman. Bank pusat Amerika selalunya akan menyuntik wang ke pasaran setelah pengistiharan oleh kerajaan mengenai berita kurang baik seperti kadar pengangguran yang melampau, tetapi suntikan US20 billion pada 5hb Julai dibuat tanpa sebab dan tergesa-gesa, malah lapuran mengenai suntikan tersebut juga dibuat lewat dari biasa.
3. Kejadian serentak dengan hari pertama mesyuarat G8 mungkin untuk mengalih pandangan dunia dari keputusan-keputusan mengejutkan yang akan dibuat dalam mesyuarat nanti.
4. Kejadian ini boleh menjana semula sokongan kepada Bush dan Blair yang sedang menghadapi masaalah sokongan rakyat masing-masing terutama mengenai perang Iraq.
5. Kerajaan British sekarang sedang dalam proses "memaksa" rakyat mereka untuk menerima sistem kad pengenalan seperti di negara kita. Ramai yang membantah. Kejadian pengeboman ini akan memberi alasan baru kepada perlaksanaan sistem ini. Tujuan saya adalah supaya kita jangan cepat sangat menunding jari kepada orang Islam dalam perkara-perkara begini kerana ianya mungkin satu sandiwara besar pihak tertentu yang berkepentingan sendiri dan ingin memberi nama buruk kepada Islam. Fikir-fikirkan lah... ... ... ... ...

Petikan dr Laman Bicara.

Nukilan asal Shahar Shaari.
sama2lah renungkan..

Monday, August 15, 2005

JIHAD

The narrow vision of the media has portrayed Islam as a bloodthirsty, trigger happy, militant ideology bent on killing every non-Muslim. The word "jihad" conjures up images of bearded men with fiery eyes marching down a street armed with guns and swords shouting" Allaahu-Akbar". Muslims are branded as terrorists, extremists and fundamentalists. Islam has become synonymous with the sword and every skirmish or uprising is hallowed as jihad. Both Muslims and non -Muslims remain appallingly ignorant of the true spirit and implications of jihad.
The word jihad is generally misconstrued as holy war. It is often confused with "qitaal" which means fighting. In Islamic terminology jihad means: striving in the path of Allah. It is the unceasing effort of an individual towards self-purification and the collective struggle of a community against all forms of corruption, injustice and tyranny. Thus, jihad can take one of the following forms:
Jihad bil-Sayf: War -fighting for the cause of Islam.
Jihad bil-Mal: Striving with one's wealth.
Jihad bil-Nafs: Striving against one's passions.
Jihad bil-Lisaan: Persuading people to adopt the right path and dissuading them from evil.
Fighting for the cause of Islam (qitaa1) is but one aspect of jihad.
JIHAD BIL-SAYF -FIGHTING FOR THE CAUSE OF ALLAH.
It is a historical fact that from the early dawn of history until now, humanity has suffered from local, civil and global wars. Wars are a necessity of existence, a fact of life. Even today, humanity lives under the constant fear of war in many hot spots of the world. The realistic approach of Islam recognizes war as lawful and justifiable course for the restoration of justice, freedom and peace. War is not an objective in Islam, it is resorted to under extraordinary circumstances when all other measures fail. Islam is a religion of peace, the daily greeting of a Muslim is "peace", and the word "Muslim" means peace. Paradise is the abode of peace. However, when peace is undermined Islam permits jihad as the ultimate arbiter of men's disputes under three circumstances.
i) Jihad as a defensive strategy.
ii) Jihad as a punitive strategy.
iii) Jihad as a preventive strategy.
A DEFENSIVE STRATEGY.
The Holy Quraan states; To those against whom war is made permission is given (to fight) because they are wronged. Verily, Allah is well able to assist them. Those who have been expelled from their homes without a just cause except that they say, "Our Lord is Allah".
War is permitted as a defensive strategy when Muslims are persecuted or banished from their homes and flagrantly denied religious freedom. The justification is far greater when Muslims are not only fighting for their existence but for the very existence of their faith. Their crime is no other than to say, "Our Lord is Allah". The Holy Quraan states: "fight in the cause of Allah, those who fight you and be not aggressors ". The foregoing verse makes it clear that war can only be declared against those who fight you. The believer is not allowed to be the aggressor, since Allah loves not the aggressors. If the enemy is inclined to peace, Muslims should at once agree. The Holy Quraan states: "But if the enemies incline towards peace you also incline towards peace and trust in Allah! For He is the one that hears and knows (all things)".

A PUNITIVE MEASURE:
The Holy Quraan states: and an announcement from Allah and His Messenger to the people (assembled) on the day of the Great Pilgrimage, that Allah and His Messenger dissolve (treaty; obligations with the Pagans……………………… "
The Pagans and enemies of Islam frequently mad, treaties of mutual alliance with the Muslims. The Muslims scrupulously observed their pact but the Pagans violated this pact repeatedly. No nation can uphold a treaty if the other party violates it at will. After some years it became imperative to denounce such treaties. The aggressors were given a period of four months to desist from their treacherous designs or be prepared for war, The Holy Quraan states: Will you not fight people who violated their oaths, plotted to expel the Messenger and attacked you first? " Armed hostility under these circumstances is permitted against those who violate their treaties, connive with the enemy and use their accord as a smoke screen to create havoc and chaos in the community.
A PREVENTATIVE STRATEGY.
The Holy Quraan states: "How (can there be a covenant with the enemy) seeing that if they get an ADVANTAGE OVER YOU, they respect not among you the tics of either kinship or (the obligation) of a covenant? With fair words from their mouths they please you, but their hearts are averse to you and most of them are rebellious and wicked. The words of Allah they have sold for a miserable price and many have they hindered from His way "
Armed hostility opposes systems, not people. When a system is actively sowing seeds of animosity and hostility against Muslims, where the apparent slogan of peaceful co-existence only serves as a veneer for the "opportune moment", Islam permits the pro- active defense of its adherents, provided that such threats could be conclusively proven. The insidious plots of the enemy posed a threat to the stability of the Muslims in Medina. They attempted to sow discord from within and instigated the disenchanted non -Muslims of Medina to side with them. They attempted to stifle the efforts of the Muslims and obstructed them from communicating the message of Allah. Jihad under these circumstances is permitted in order to liquidate the potential onslaught or the growing threat to the stability of the Muslim community. These threats have however to be substantially proven by irrefutable evidence.
It was because of these very reasons that the Prophet (Sallallahu alayhi wa sallam) attacked the Banu Mustaliq and banished the Banu Qainuqa and Banu Nazir from Medina.
THE QURAAN OR THE SWORD?
Was Islam spread by the sword? Were the Muslims, imperialists motivated by mundane power? The Holy Quraan states: "Let there be no compulsion in religion, Truth stands out clear from error………………… "
Faith is not the mere verbal declaration of the creed. It is the state of the heart, which cannot be induced by force. The highly dictatorial tone of the injunction in this verse makes it clear that Islam cannot be spread by brute force or imposed on people through aggressive wars. War is the not the way to secure reversions to Islam. A Muslim is not only forbidden to employ force but is commanded to use the most peaceful methods to propagate his religion. The Holy Qur'aan states: "Invite to the way of your Lord with wisdom and beautiful preaching and argue with them in ways that are best and most gracious ………………..”
It is the primary duty of every Muslim to propagate the message of Allah. If anyone obstructs him and stifles his efforts to discharge, this divine obligation he is entitled to retaliate. Warfare is permitted if the believers are not allowed to fulfill the obligations imposed on them by their religion, nor are they permitted to migrate from the "hostile" country.
APOSTASY
War against apostasy is justified in Islam, since apostasy constitutes a 'political- religious' rebellion and since religion and politics in Islam go together, any threat to its body politic is regarded as a cancerous growth on the organism of the Muslim Commonwealth, which has to be removed. The modern world in the like manner prescribes capital punishment against those who violate the ideological integrity of the state.
WARFARE AS THE LAST ALTERNATE.
Warfare is preceded by negotiations with the enemy to avoid bloodshed. The aggressors are given two alternatives. The Holy Prophet (Sallallahu alayhi wa sallam) generally commanded the commanders of war in the following manner:
"Call them to embrace Islam If they accept then agree to it and withhold yourselves from them. If, however, they refuse then call them to pay the jizya (protection tax). If they accept then agree to it and withhold yourselves from them.
Jizya: The non -Muslim minorities had to pay a tax called jizya (compensation) for exemption from military services and as a contribution towards the general maintenance of law and order. They were not only exempted from guarding the frontiers of the Muslim state but were also granted "protected status" i.e. one whose life, honour and property is sacred.
The following persons are however exempted from Jizya:
i) Females
ii) Children
iii) The old
iv) The blind, paralysed and crippled
v) The monks
vi) Those who opt for military service.
If they refuse then seek Allah's help and fight them.

THE HUMANE LAWS OF JIHAD
The first caliph Abu Bakr (radiyallahu anhu) while dispatching the army to Palestine under the leadership of Usama (radiyallahu anhu) said:
"O People! Stop. I enjoin upon you ten commandments. Remember them.
1. Do not embezzle
2. Do not cheat
3. Do not mutilate
4. Do not break trust
5. Do not kill a minor child or an old man or woman of advanced age
6. Do not hew down a date palm nor burn it
7. Do not cut down a fruit tree
8. Do not slaughter a goat, cow or camel except for food. Maybe you will pass near people who have secluded themselves in convents, leave them in their seclusion…
Jamiatul Ulama -Transvaal

Sunday, August 14, 2005

petanda qiamat

Wahai Muslimin dan Muslimat.BERINGATLAH!!
Hari qiamat sudah semakin hampir... tanda-tanda qiamat sudah banyak berlaku, baik tanda-tanda kecil mahupun yang besar. Tetapi masih ramai di kalangan kita umat Islam masih tidak sedar. Ini tidak lain kerana kita sudah meninggalkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Yg dilihat hanyalah rukun Islam yg 5 dan rukun Iman yg 6..tidak lebih daripada itu. Wahai Muslimin Muslimat !!
Sudahkah kalian membaca akhbar pada hari ini?! Sudahkah kalian melihat berita perdana semalam & hari ini (baik apa jua salurannya)? Tidak takutkah kalian dengan apa yang sedang berlaku?? Sepatutnya kita sebagai Muslim tidak harus terkejut dengan apa yang berlaku kerana Rasulullah SAW telah pun memberitahu kpd kita secara detail apa yang nak berlaku di akhir zaman sebelum hari qiamat.. Cuma kita yang tak mahu membaca hadis-hadisnya. MUKA TAK MALU!! Dabik dada saja mengaku sebagai Muslim, tapi HAMPEH.
Bacalah hadis-hadis Nabi yang telah disampaikan lebih 1400 tahun ini dan buatlah persiapan untuknya.
JANGAN TUNGGU LAGI. AJAL DATANG SEKELIP MATA.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)".
(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)
Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayat Thabrani)
Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)
Rasulullah SAW bersabda:
"Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"
(Hadis riwayat Ahmad)
Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain"
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Wahai Muslimin Muslimat.. APA LAGI YG ANDA TUNGGU??!! BERINGATLAH!!
KEMBALILAH KEPADA ISLAM..JANGAN LAGI NAK BERDOLAK-DALIH!
Janganlah kalian SOMBONG & EGO terhadap ALLAH!! Sedarlah diri kalian!!
Adakah kalian ingin menunggu maut datang di hadapan anda baru nak bertaubat?? Sampai bilakah anda nak TUNGGU & TUNGGU, NANTI & NANTI, TANGGUH & TANGGUH untuk berubah dan membuat persediaan diri?? Adakah anda tahu bila anda akan MATI?? Adakah anda boleh jamin yg anda akan hidup sehingga ke akhir hari ini??
Kalian yang tidak solat, TUNAIKANLAH SOLAT.
Kalian yang tidak menutup aurat, atau menutup sebahagian tetapi membuka sebahagian yang lain, atau yang memakai baju nampak pusat, seluar dalam, baju dalam (laknat Allah dan RasulNya ke atas mereka), BERTAUBATLAH!!
TUTUPLAH AURATMU DENGAN SEMPURNA!!
HENTIKANLAH SEGALA BENTUK MAKSIAT!!
Hentikanlah mendengar muzik-muzik yang melalaikan!!
Tunaikanlah zakat dan haji bagi yang berkemampuan.
Tunaikanlah kewajipan kalian sebagai MUSLIM & PENDAKWAH.apa yang kalian dah buat??
Di manakah AKHLAK & ADAB ANDA SEBAGAI MUSLIM? Mengaku saja diri kalian sebagai Muslim..memang muka tak malu!!
Bagi PARA PEMERINTAH MUSLIM!! DI MANAKAH KEWAJIBAN ANDA UNTUK MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG ISLAM & KHILAFAH ISLAM?? Sampai bila anda nak TUNGGU?? DI MANAKAH AMAR MAKRUF & NAHI MUNGKAR?? Sampai hati kalian biarkan RAKYAT TERUS-MENERUS BERGELUMANG DGN DOSA & MAKSIAT!! Sampai hati kalian biarkan RAKYAT MENJADI AHLI NERAKA!! Apa yang kalian dah buat??!!
Bagi para Muslimin.DI MANAKAH SOLAT BERJEMAAH ANDA DI MASJID-MASJID, SURAU-SURAU & RUMAH-RUMAH..Adakah kalian masih terus nak jadi MUSLIM yang TAK GUNA & MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI??
Bagi para suami, para bapa, para isteri, para ibu..DIDIKLAH ANAK-ANAK KALIAN!! Kalian diberi amanah untuk menjaga dan mendidik, BUKAN SEKADAR MEMBUAT & MENTERNAK anak-anak!! Jadikanlah mereka sebagai anak yang SOLEH & SOLEHAH. Pada masa yang sama, KALIAN JUGA WAJIB MENUNJUKKAN CONTOH pada mereka sebagai MUSLIM, bukan sekadar menghantar mereka ke sekolah agama. Amalkanlah ISLAM 100%, bermula dr rumah.
TOLONG, TOLONG & TOLONG SEBARKAN...WAJIB.
DR BERITA YG KITA DGR, BACA, TONTON....
SUDUT BUMI (TERUTAMA D TMPT KEJADIAN, SUMATERA)...
TELAH 'LARI' SEBANYAK 20-40 METER...
KE ARAH SELATAN...
TIDAKKAH KITA SEDAR...
ITU MERUPAKAN PETUNJUK....
YG ARAH KIBLAT AKAN BERUBAH...
DAH AKHIRNYA KITA SMBYG 'TERBALIK ARAH ' DARI SEKARANG...
MATAHARI AKAN TERBIT DARI ARAH YG LAIN...
SO, NI BUKAN TANDA2 BESAR KIAMAT DI AKHIR ZAMAN?
SEMPATKAH KITA BERTAUBAT?
DITERIMAKAH ALLAH TAUBAT 'LAST MINUTE' KITA YG AMAT JAHIL NI?
sekadar peringatan manusia akhir zaman yg masih menyedut udara ALLAH!

Friday, August 12, 2005

Formula Pemakanan Genius

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur.

Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU: Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS: Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR: Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR: Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA: Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula. CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN: Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA: Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI: Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM: Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM: Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI: Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI: Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG: Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM: Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN: KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit lace w:st="on">India lace> dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar): Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS: Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH: Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU: Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI): Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI: Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR: Juga membantu meningkatkan akal dan memori

AF di hati, Aqsa di kaki.

Firman Allah S.W.T.:"Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat ibadat serta gereja-gereja (Kaum Nasrani) dan juga tempat-tempat sembahyang (synagogue kaum Yahudi) dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah sebanyak-banyaknya..." (Surah al-Haaj: ayat 40)
Jika di dalam ayat di atas, umat Islam telah dilarang daripada menjadikan rumah-rumah ibadat sebagai sasaran mereka di kala peperangan dan di kala damai, sebaliknya pula yang sentiasa berlaku terhadap umat Islam.

Seringkali jika berlaku apa-apa peperangan ke atas umat Islam, pasti musuh-musuh mereka menjadikan masjid-masjid sebagai sasaran. Lihatlah apa yang berlaku di Babri, India, apa yang berlaku kepada masjid-masjid di Bosnia lewat konflik Serb-Bosnia, masjid-masjid di Iraq yang sentiasa terdedah kepada penghinaan dan serangan tentera-tentera "paling bertamadun" di dunia, iaitu tentera-tentera Amerika Syarikat (AS). Tidak kurang juga masjid-masjid yang berada di dalam tanah Palestin yang dijajah (yang dikenali sebagai Israel), ada yang dirobohkan, ada yang dija dikan muzium, ada yang ditukarkan kepada kandang lembu, dan tidak kurang juga yang ditukarkan menjadi kelab malam dan rumah pelacuran sepertimana yang dilaporkan oleh wartawan Palestine Return Centre, UK di dalam filem dokumentari mereka "The cries of the minarets". Lebih malang lagi, Masjid al-Aqsa sendiri, yang merupakan masjid ketiga suci umat Islam dan juga kiblat pertama mereka sendiri tidak terlepas daripada ancaman dan juga aksi ganas pihak Zionis. Usai peperangan 1967 yang menyaksikan kemenangan rejim Israel dengan bantuan AS, pihak tentera Zionis telah memasuki Masjid al-Aqsa dan menawannya. Dengan bertrak-trak tentera rejim, mereka telah menari-nari di sekeliling Masjid al-Aqsa sambil menyanyikan lagu:
AF yang menjadi kegilaan tua dan muda
"Letakkan apricot ke atas epal, agama Muhammad telah hancur dan musnah,Muhammad telah mati, Yang ditinggalkan hanyalah anak-anak perempuan yang lemah" Lagu tersebut membawa makna bahawa dengan kemenangan mereka yang dianggap sebagai mukjizat itu merupakan berakhirnya agama Islam, dan kegagalan umat Islam mempertahankan masjid mereka itu menunjukkan bahawa umat Islam telah kehilangan orang-orang lelaki yang mampu mempertahankan masjid mereka! Bermula dari tarikh itu jugalah pihak rejim telah mengisytiharkan tembok sebelah barat Masjid al-Aqsa sebagai milik mereka. Tembok sebelah barat masjid yang dikenali selama berkurun-kurun sebagai "Tembok Buraq" (kerana dikatakan Rasulullah SAW telah mengikat Buraq di tembok tersebut sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj) itu telah ditukarkan namanya kepada "Tembok Meratap". Ianya telah diisytiharkan secara rasmi juga melalui tarikh tersebut sebagai kiblat warga Yahudi untuk mereka menunaikan ibadat "meratap" di atas kehilangan "Haykal" yang pernah dibina oleh Nabi Sulayman di atas tapak tersebut. Sehingga kini, penganut agama Yahudi yang berfahaman Zionis dari serata dunia akan menunaikan "haji" mereka di sana. Bagi para t entera mereka yang akan menjawat jawatan tertinggi di dalam angkatan tentera rejim juga akan menunaikan "angkat sumpah" di tembok tersebut untuk mempertahankan negara Israel (Erez Yizrael) dengan nyawa dan darah mereka. Perlu diingat, penawanan ke atas tembok Buraq itu bukanlah stu tindakan yang terakhir mereka terhadap Masjid al-Aqsa, tetapi merupakan permulaan untuk bagi mereka untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan membina semula kuil ibadat mereka yang dinamakan sebagai "The Mount Temple" ataupun "Haykal Sulayman".
Aqsa semakin jauh di hati umat Islam
Sebagai bukti yang kukuh, pada 21 Ogos 1969, seorang penganut faham Zionis beragama Kristian dari Switzerland Dennis Micheal telah membakar sebahagian daripada ruang utama Masjid al-Aqsa. Antara yang mengalami kemusnahan dari tindakan keganasan tersebut ialah minbar masjid yang telah dibina semenjak zaman Nuruddin al-Zinki dan pernah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi di zaman pemerintahanya. Seharian suntuk, umat Islam telah bertungkus lumus bersama-sama memadamkan api dan juga menyelamatkan kesan-kesan sejarah di masjid tersebut. Hasil daripada peristiwa pembakaran Masjid al-Aqsa ini, OIC telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara majoriti umat Islam agar menjadikan isu Palestin dan Masjid al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia. Bagi penjenayah yang telah bertanggung jawab membakar masjid al-Aqsa pula, beliau telah dibebaskan oleh kerajaan rejim Zionis kerana didapati "tidak siuman", walaupun dari segi profesionnya beliau merupakan seorang doktor perubatan! Sebagai reaksi terhadap peristiwa pembakaran tersebut, negara-negara Islam telah bersetuju untuk menubuhkan OIC sebagai langkah menjadikan isu Palestin dan masjid al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia. Semenjak hari itu jugalah, 21 Ogos dianggap sebagai hari memperingati Masjid al-Aqsa sedunia. Sayangnya, sehingga kini, bukan hanya sekadar isu Palestin tidak dapat diselesaikan oleh OIC, malah isu masjid al-Aqsa yang sepatutnya diambil peduli oleh setiap umat Islam terpinggir dari agenda OIC. Ratusan resolusi yang telah diluluskan oleh OIC, namun di peringkat praktikalnya, tiada satupun yang dapat dilaksanakan. Lebih malang lagi, dalam mengemukakan apa-apa penyelesaian terhadap isu Palestin, negara-negara OIC hany a menuruti sahaja apa-apa keputusan yang dibawa dari Washington dan Tel Aviv. Sehingga detik ini, walaupun sudah hampir tiga ancaman yang diumumkan oleh golongan radikal Yahudi semenjak awal tahun 2005 untuk merempuh masuk dan menawan masjid al-Aqsa, tiada apa-apa keputusan yang dikeluarkan oleh OIC dan mana-mana negara anggotanya berkaitan perkara tersebut.
Mazlee malik